Program Affiliate Mentor Jutawan


>> Login ke akaun anda <<

atau...

Belum daftar?

1: Daftar sebagai affiliate secara percuma! Klik di sini

2: Anda akan mendapat USERNAME dan PASSWORD melalui email anda

3: Login ke control panel anda untuk mendapatkan link atau banner untuk anda iklankan "Mentor Jutawan"

4: Letakkan link atau banner anda di blog / laman web / email anda

5: Sekiranya seseorang klik pada link atau banner anda di blog / laman web / email anda, dan membuat belian "Mentor Jutawan", anda akan mendapat komisyen RM20 bagi setiap belian!

Semoga anda memperolehi pendapatan yang baik melalui program affiliate Mentor Jutawan! Sekiranya ingin maklumat lanjut, sila baca Q & A di bawah...



Q & A

Apakah itu "Program Affiliate Mentor Jutawan"?

Program affiliate Mentor jutawan membolehkan anda mempromosikan "Mentor Jutawan" kepada orang ramai dan sekiranya terdapat jualan, anda akan menerima komisyen sebanyak RM20 untuk setiap jualan.

Bagaimanakah saya boleh promosikan "Mentor Jutawan"?

Kebiasaannya anda promosikan Mentor Jutawan di laman web anda, atau di blog anda.

Anda juga boleh mempromosikan melalui kaedah lain seperti email, forum, chatroom, myspace, friendster dan sebagainya. Namun begitu, perlu diingat bahawa anda perlu promosi secara beretika (tidak spam), kerana promosi membuta akan mengakibatkan orang ramai tidak selesa dengan perbuatan anda.

Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapat komisyen?

Apabila anda mendaftar program affiliate Mentor Jutawan secara percuma, anda akan menerima username & password akaun anda melalui email. Login ke akaun anda, dan anda akan mendapat link, text link dan juga banner link. Guna kan link ini di laman web, blog, email dan lain lain untuk mempromosi Mentor Jutawan.

Sekiranya seseorang klik pada link tersebut, dia akan dibawa ke laman web Mentor Jutawan. Sekiranya dia melakukan belian, anda akan mendapat komisyen RM20.

Saya tidak tahu menggunakan link/ text link/ banner link. Bagaimana?

Caranya mudah sahaja. Di bahagian "Banner/Links" akaun anda, anda boleh mendapatkannya. Anda hanya perlu copy & paste kod HTML yang diberikan ke laman web atau blog anda sahaja.

Manakala, gunakan link anda seperti: http://www.mentorjutawan.com.my/index.php?ref=[ID_ANDA] untuk email, forum, chatroom dan sebagainya. Sekali lagi, kami mengingatkan untuk anda promosi dengan cara berhemah & beretika supaya tidak menganggu keselesaan pengguna Internet lain.

Saya tidak mempunyai laman web atau blog dan ingin promosi menggunakan email kepada rakan-rakan saya. Apa yang perlu saya buat?

Anda boleh menulis email kepada kenalan anda seperti ini (CONTOH):

=============================

Hi Danny,

Hari tu saya teringat awak cerita yang awak minat Dato Dr Fadzilah Kamsah. Just nak bagi tau awak yang Irfan Khairi ada menemubual Dr Fadzilah Kamsah dab di muatkan di dalam buku terbaru nya. Awak boleh lihat di sini:

http://www.mentorjutawan.com.my/index.php?ref=[ID_ANDA]

Bukan setakat Dr Fadzilah Kamsah sahaja, ada ramai lagi ikon-ikon jutawan. Mungkin dapat manfaat awak.

-Tommy

=============================

Ini adalah contoh email antara Tommy & Danny. Email terbaik adalah berbentuk one-on-one seperti ini.

Penting: Anda di larang menghantar SPAM. SPAM bermaksud menghantar email membuta kepada senarai nama dan alamat email yang anda sedia tidak kenal. Sekiranya anda melakukan spam, akaun anda akan di gantung dan bayaran akan dihentikan. Ini kerana SPAM adalah salah disisi undang-undang siber dan merupakan perbuatan yang tidak beretika. Kami mengambil tindakan yang keras keatas spammers. Hanya hantar email promosi kepada kenalan anda atau mereka di dalam mailing list anda sahaja (sekiranya anda memiliki mailing list sendiri)

Sekiranya seseorang klik pada link saya dan membuat belian Mentor Jutawan, apa akan jadi?

Tahniah, kami akan membayar anda RM20! Kami akan lakukan bayaran terus ke bank akaun anda.

Bila saya akan di bayar?

Bayaran di lakukan pada 1hb setiap bulan apabila jumlah komisyen anda adalah RM40 atau lebih (minimum RM40). Anda juga boleh tentukan sama ada anda inginkan bayaran pada RM40, RM60, RM100 atau seterusnya. Asalkan, minimum untuk kami lakukan bayaran adalah RM40.

Kami akan bayar terus ke bank akaun anda. Oleh itu, sila isikan maklumat bank anda di ruang profil anda.

Bagaimanakah cara terbaik untuk saya promosikan Mentor Jutawan untuk mendapat pendapatan maksima?

Cara terbaik dan terbukti adalah dengan anda membaca dahulu Mentor Jutawan. Anda boleh dapatkannya di http://www.mentorjutawan.com.my/

Kemudian, anda lakukan review atau ulasan atau testimonial ikhlas mengenai Mentor Jutawan. Orang ramai akan mendapat manfaat dari maklumat yang anda berikan dan mereka akan klik pada link anda. Oleh review/ulasan dan testimonial anda adalah positif (kami harapkan!) :), pembaca anda akan bersemangat untuk memiliki Mentor Jutawan.

Apakah syaratnya untuk saya menyertai program affiliate Mentor Jutawan?

Buat masa ini, syaratnya adalah anda perlu mempunyai akaun bank tempatan (Malaysia) untuk kami membuat bayaran kepada anda! Penyertaan menjadi affiliate adalah percuma.

OK! Saya sudah faham dengan program ini dan saya ingin sertai secara percuma. Apa perlu saya lakukan?

Mudah sahaja. Daftar secara percuma di sini. Mulakan perniagaan affiliate anda sekarang!

*Sekiranya anda masih tidak faham dengan program affiliate, hantarkan soalan anda kepada info@mentorjutawan.com.my


Isi kandungan ebook ini adalah transkripsi temubual Irfan Khairi bersama ikon-ikon jutawan melalui program Radio 24, Jutawan bersama Irfan Khairi. Hakmilik isi kandungan adalah milik Irfan Khairi Sdn Bhd dan Radio24.

HakCipta terpelihara © 2008 MentorJutawan.com.my & Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik.